HARI RAYA QURBAN | PLAZA ANGSANA | 2010
|
Ramai yang membantu untuk penyembelihan binatang |
|
Mereka ini sedang melapah lembu yang telah selamat disembelih |
|
Suasana sekitar Plaza Angsana |
|
Aktiviti melapah daging korban |
|
Pengagihan daging korban |
|
Pengagihan daging korban
INFO
Hari Raya Aidiladha / (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Laman Web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_raya_korban
|
THAIPUSAM | BATU CAVES | 20011
|
Suasana sekitar KTM |
|
Upacara sembahyang |
|
Upacara penyiksaan diri |
|
Tidak mengenal rasa sakit |
|
Bahan-bahan yang digunakan bagi upacara sembahyang |
|
Penyiksaan diri |
|
Setelah dirasuk |
|
Lidah merah |
|
Salah seorang warga Hindu yang menyertai upacara penyiksaan diri |
|
Suasana sekitar Batu Caves |
|
Mencukur rambut
INFO
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, iaitu "Pusam" dalam zodiak Cancer. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Laman Web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari Thaipusam
|
KILANG PEMBUATAN ARANG | KUALA SEPETANG | 2011
|
Charcoal Factory, Kuala Sepetang |
|
Chuan Seng, pemilik kilang arang |
|
Tempat simpanan kayu bakau |
|
Tempat dimana proses pembakaran dijalankan |
|
Tanah liat yang digunakan bagi membina tempat pembakar |
|
Kayu yang sedang dibakar |
|
Bot yang digunakan bagi proses penghantaran kayu bakau |
|
Pekerja ini sedang menarik bot bagi menjalankan proses pemindahan |
|
Proses pemindahan kayu bakau dijalankan |
|
Suasana sekitar kilang arang |
|
"Through the window of charcoal factory " |
|
Han Chew,62, sedang melakukan proses pembungkusan arang |
|
Mereka sedang membungkus arang ke dalam paket kertas |
|
Proses pemindahan kayu bakau |
|
Proses pemindahan kayu bakau |
|
Pekerja ini menyiram air ke atas kayu bakau bagi memudahkan proses pemindahan
INFO
Perjalanan ke Kuala Sepetang telah mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih daripada Seri Iskandar. Tujuan ke Kuala Sepetang adalah untuk menyiapkan projek Photojournalism iaitu " Photo Essay ". Projek ini mengambil masa 4 minggu untuk disiapkan dan saya amat berpuas hati kerana dapat berkongsi gambar-gambar di dalam blog saya ini dan kemudiannya dijadikan rujukan untuk masyarakat setempat. Tambahan pula, Kuala Sepetang juga terkenal dengan mee udang banjir.
Saya telah berkunjung ke salah satu kilang arang yang terkenal di Kuala Sepetang bagi melakukan pendokumentasian terhadap aktiviti yang berlaku di kilang ini dan juga melihat suasana persekitarannya.Saya amat teruja melihat persekitaran sekeliling kilang arang ini. Majoriti pekerja di kilang arang ni ialah Cina dan Melayu. Setiap hari bot akan menghantar kayu bakau ke kilang arang ini dan seterusnya disiat dan juga dibakar untuk dijadikan arang. Berikut merupakan serba sedikit tentang kilang arang ini :
# 17 sen sebatang bagi kerja mengopek kulit kayu bakau
# RM37 seorang bagi upah mengeluarkan semua arang didapur (kebiasaannya mampu disiapkan dalam tempoh sehari).
# 14 sen sebungkus upah di bahagian pembungkusan.
Jenis kayu arang
# Kayu bakau minyak (Rhiziphora apiculata)
# Kayu bakau kurap (Rhizophara mucronata).
Proses: 1) Pertama
# Kayu bersaiz ukur lilit kira-kira 8 inci dipotong sepanjang empat meter.
# Kayu bersaiz lebih 8 inci dibuang kulit di hutan dan saiz kurang 8 inci dibuang kulit di kilang.
2) Kedua: Pembakaran
# Kayu disusun menegak di dalam ‘dapur’ tanah liat dan bata berbentuk iglu, berdiameter 6.7 meter.
# Satu dapur diisi antara 14,000 hingga 15,000 kg kayu atau 1,500 barang (4 tan).
# Pintu utama bersaiz kecil diguna untuk menyalakan api besar selama 7 hari.
# Selepas 7 hari, saiz api akan dikecilkan dan dibiarkan selama 10 hingga 12 hari
# Suhu api di dapur mencecah sehingga 85 darjah celsius bertujuan mengeringkan air kayu bakau.
# Dapur mempunyai lubang kecil di atasnya untuk mengeluarkan asap dan pekerja menghidu baunya untuk mengetahui arang sudah masak atau tidak.
3) Ketiga: Penyejukan:
# Api dipadamkan dan pintu dapur ditutup menggunakan simen antara 10 hingga 13 hari.
# Selepas proses hampir sebulan, semua kayu dikeluarkan untuk dibungkus.
4) Keempat: Pembungkusan
# Dibungkus dengan kertas khas yang ditimbang antara 4.5 kilogram dan 5 kg.
# Arang dibungkus terus arang di situ atau dihantar ke Kuala Kangsar, Perak untuk di eksport.
Laman Web : http://www.malaysiamaya.com | | | | | | |
PASAR BESAR IPOH | IPOH PERAK
|
Pasar Besar Ipoh |
|
Suasana di dalam pasar |
|
Penjual rempah ratus dan sayur-sayuran |
|
Peniaga sayur-sayuran |
|
Sekitar pusat jualan sayur-sayuran |
|
Nenek ini sedang memasukkan taugeh yang telah siap dibasuh |
|
Abdul Rahman, peniaga rempah ratus dan barang runcit |
|
Penjual telur |
|
Peniaga kedai runcit |
|
Pembuat bingkai gambar ( Double AA Gallery ) |
|
Lebih dikenali sebagai Mak cik Yang, sedang menjahit baju kurung
INFO
Pasar Besar Ipoh yang terletak di Bandaraya Ipoh telah beroperasi lebih kurang 30 tahun yang lalu dan majoriti peniaga di pasar ini adalah dari kalangan warga Cina. Perniagaan yang dijalankan di Pasar Besar ini adalah penjualan sayur-sayuran, rempah ratus, buah-buahan, barangan runcit dan sebagainya.
Pejalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki bas. Dulunya pasar ini mempunyai sebuah emporium iaitu Super Kinta tetapi sekarang tidak lagi. Peniaga-peniaga di sekitar pasar ini merupakan golongan yang dari turun temurun menjalankan aktiviti perniagaan.
Secara kesimpulannya, Pasar Besar Ipoh ini tidak lekang ditelan zaman kerana masyarakat di Perak masih mengekalkan tradisi turun-temurun walaupun zaman telah berubah. |
SAMBUTAH HARI POLIS KE-204 | IPD PERAK TENGAH | SERI ISKANDAR
|
Ketibaan tetamu kehormat |
|
Perbarisan hormat |
|
Bacaan doa |
|
Bacaan ikrar |
|
Bacaan ikrar 2 |
|
Bacaan ikrar 3 |
|
Penukaran lencana / kenaikan pangkat |
|
Pemberian sijil penghargaan |
|
Pemberian sijil penghargaan kepada warga setempat |
|
Majlis bersurai |
INFO
Sambutan Peringatan Hari Polis Ke - 204 telah disambut pada 23 Mac 2011 seluruh Malaysia. Sambutan ini dijalankan bagi memperingati jasa para kontinjen polis seluruh Malaysia bagi yang lama mahupun yang baru berkhidmat. Edisi kali ini saya memuatkan beberapa keping gambar yang saya rakamkan ketika berlangsungnya acara ini.
Tujuan sebenar adalah untuk menyiapkan projek Photojournalism iaitu "Photo Event". Ia mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkannya. Saya telah memilih sambutan Hari Polis ini kerana ianya melibatkan kesungguhan dan integriti para anggota polis dalam menjalankan peranan mereka dalam membanteras jenayah disamping melindungi negara. Tambahan pula, ia merupakan pengalaman pertama saya dalam merakamkan gambar di dalam majlis rasmi yang sebesar ini.
Antara aturcara yang dijalankan adalah seperti perbarisan hormat, pemberian sijil penghargaan, penukaran lencana dan kenaikan pangkat dan sebagainya. Acara ini telah berlangsung dengan jayanya dan ia bermula pada seawal pukul 8 pagi sehingga 12.30 tgh.
WELDING SHOP | PARIT, PERAK | 2011
|
Suasana Kedai Welding |
|
Mesin-mesin dan alatan yang digunakan |
|
Welding 1 |
|
Welding 2 |
|
Welding 3 |
|
|
INFO
Kedai Welding ini telah beroperasi selama 10 tahun dan hanya menggunakan 2 pekerja sahaja setakat ini. Kedai ini terletak di Parit, Perak. Ia merupakan tempat dimana boleh membuat tempahan untuk awning, grill dan sebagainya. Ali, 18, bekerja sebagai welder di kedai ini.